Dari masa kemasa, hari kehari,bulan kebulan dan akhinya tahun ketahun bersilih ganti Ejen Pengurusan yang Menguruskan Menara Orkid.
Siapakah Badan atau JMB?
Ertinya Badan Pengurusan Bersama yang ditubuhkan di bawah seksyen 4; atau Pemilik/Owner.
Siapakah Komiti atau JMC?
Ertinya Jawatankuasa Pengurusan Bersama Yang ditubuhkan dibawah seksyen 11; atau lebih mudah difahami sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh JMB didalam Mesyuarat Agung sebagai wakil.
Dan Siapa Pula Ejen Pengurusan?
Perunding yang dilantik oleh JMC untuk menguruskan Menara Orkid, sebarang keputusan dan arahan hanya boleh dibuat oleh JMC dan bukannya Ejen Pengurusan.
SIAPA YANG MENERIMA ARAHAN? SIAPA YANG MEMBERI ARAHAN? DAN SIAPA YANG MELAKSANAKANNYA?
Pada 09 April 2012 sebuah Syarikat iaitu IM Global Property Consultants Sdn.Bhd. telah menamatkan perkhidmatannya dan bermula tarikh itu jugalah Ejen Pengurusan Baru iaitu Infinite Combination Sdn.Bhd.(ICSB) sedaya upaya menjadi perunding dan menguruskan Menara Orkid sehingga ke hari ini...Walaupun telah bertukar Ejen Pengurusan, Menara Orkid masih mengekalkan Jawatankuasa yang di Pengerusikan oleh Encik K.Selvakumar, tetapi pada 26 Mei 2012 Mesyuarat Agung Tahunan Menara Orkid telah melantik Jawatankuasa Baru yang di Pengerusikan oleh Encik Harjeet Singh yang kini bergerak melaksanakan tugas bersama-sama Ejen Pengurusan.
CADANGAN-CADANGAN OLEH EJEN PENGURUSAN
(JMC BERSETUJU DAN TELAH DILAKSANAKAN)
1. Pertama sekali Ejen Pengurusan (ICSB) mencadangkan penukaran sistem kutipan caj penyelenggaraan kepada sistem UBS agar tiada masalah yang sering berbangkit iaitu isu tunggakan yang timbul semula walaupun sudah dibayar. Juga beberapa isu yang lain berkaitan sistem lama yang digunakan.
2. Isu bekalan air yang sering terputus kerana pam air yang uzur telah diatasi dengan cadangan oleh ICSB agar membeli 1 set pam air baru untuk blok 47. Kini blok 45 mempunyai 2 pam air yang berfungsi dan blok 47 mempunyai 1 pam baru yang berfungsi. Walaupun blok 47 hanya menggunakan 1 pam air, ICSB juga telah mendapatkan 3 Quotation untuk servis pam ke-2 yang tidak dijalankan agar kedua-dua blok mempunyai 2 pam yang berfungsi.
Blok 45
Blok 47
3. Mengadakan petak kuning laluan masuk dan keluar Menara Orkid, isu ini sering mendapat perhatian penduduk Menara Orkid kerana apabila waktu puncak antara jam 5.00pm kereta yang berhenti untuk lampu isyarat tidak akan memberi laluan untuk penduduk Menara Orkid masuk dan keluar, ini membahayakan penduduk Menara Orkid.
No comments:
Post a Comment