WAKTU OPERASI PEJABAT PENGURUSAN

ISNIN : 1.00pm - 9.00pm
SELASA - JUMAAT : 9.00am - 5.00pm
SABTU : 9.00am - 1.00pm
AHAD & CUTI UMUM : Tutup

Thursday, 28 February 2013

.....DARI HARI KE HARI......

Pangsapuri Menara Orkid 

Dari masa kemasa, hari kehari,bulan kebulan dan akhinya tahun ketahun bersilih ganti Ejen Pengurusan yang Menguruskan Menara Orkid.

Siapakah Badan atau JMB? 
Ertinya Badan Pengurusan Bersama yang ditubuhkan di bawah seksyen 4; atau Pemilik/Owner.

Siapakah Komiti atau JMC?
Ertinya Jawatankuasa Pengurusan Bersama Yang ditubuhkan dibawah seksyen 11; atau lebih mudah difahami sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh JMB didalam Mesyuarat Agung sebagai wakil. 

Dan Siapa Pula Ejen Pengurusan?
Perunding yang dilantik oleh JMC untuk menguruskan Menara Orkid, sebarang keputusan dan arahan hanya boleh dibuat oleh JMC dan bukannya Ejen Pengurusan.

SIAPA YANG MENERIMA ARAHAN? SIAPA YANG MEMBERI ARAHAN? DAN SIAPA YANG MELAKSANAKANNYA?



Pada 09 April 2012 sebuah Syarikat iaitu IM Global Property Consultants Sdn.Bhd. telah menamatkan perkhidmatannya dan bermula tarikh itu jugalah Ejen Pengurusan Baru iaitu Infinite Combination Sdn.Bhd.(ICSB) sedaya upaya menjadi perunding dan menguruskan Menara Orkid sehingga ke hari ini...Walaupun telah bertukar Ejen Pengurusan, Menara Orkid masih mengekalkan Jawatankuasa yang di Pengerusikan oleh Encik K.Selvakumar, tetapi pada 26 Mei 2012 Mesyuarat Agung Tahunan Menara Orkid telah melantik Jawatankuasa Baru yang di Pengerusikan oleh Encik Harjeet Singh yang kini bergerak melaksanakan tugas bersama-sama Ejen Pengurusan.

CADANGAN-CADANGAN OLEH EJEN PENGURUSAN 
(JMC BERSETUJU DAN TELAH DILAKSANAKAN)

1. Pertama sekali Ejen Pengurusan (ICSB) mencadangkan penukaran sistem kutipan caj penyelenggaraan kepada sistem UBS agar tiada masalah yang sering berbangkit iaitu isu tunggakan yang timbul semula walaupun sudah dibayar. Juga beberapa isu yang lain berkaitan sistem lama yang digunakan.

2. Isu bekalan air yang sering terputus kerana pam air yang uzur telah diatasi dengan cadangan oleh ICSB agar membeli 1 set  pam air baru untuk blok 47. Kini blok 45 mempunyai 2 pam air yang berfungsi dan blok 47 mempunyai 1 pam baru yang berfungsi. Walaupun blok 47 hanya menggunakan 1 pam air, ICSB juga telah mendapatkan 3 Quotation untuk servis pam ke-2 yang tidak dijalankan agar kedua-dua blok mempunyai 2 pam yang berfungsi.

                                                                            Blok 45


Blok 47

3. Mengadakan petak kuning laluan masuk dan keluar Menara Orkid, isu ini sering mendapat perhatian penduduk Menara Orkid kerana apabila waktu puncak antara jam 5.00pm kereta yang berhenti untuk lampu isyarat tidak akan memberi laluan untuk penduduk Menara Orkid masuk dan keluar, ini membahayakan penduduk Menara Orkid.


 


Friday, 4 January 2013

SELAMAT TAHUN BARU

DENGAN INI , PIHAK PENGURUSAN MENARA ORKID MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN  BARU 2013 KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOGSPOT MENARA ORKID


Wednesday, 12 December 2012

PENALTY 5% UNTUK CAJ PENYELENGGARAAN

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PEMILIK UNIT MENARA ORKID, MESYUARAT EGM PADA 03/11/2012 TELAH BERSETUJU UNTUK MENGENAKAN PENALTY SEBANYAK 5% BAGI CAJ PENYELENGGARAAN KEPADA PEMILIK UNIT YANG LEWAT MEMBUAT BAYARAN SETELAH 14 HARI INVOICE DIKELUARKAN BERKUATKUASA MULAI DISEMBER 2012


NOTICE TO ALL OWNERS OF UNIT MENARA ORKID, EGM MEETING ON 03/11/2012 HAVE AGREED TO INTRODUCE PENALTY CHARGE OF 5% FOR MAINTENANCE CHARGES, THE LATE MAKE PAYMENT AFTER 14DAYS FROM INVOICE ISSUED EFFECTIVE DECEMBER 2012.

Tuesday, 4 December 2012

NOTIS PINDAAN HOUSE RULES



MOHON KERJASAMA DARIPADA SEMUA PEMILIK/PEMBELI UNIT SAHAJA, UNTUK MENYEMAK DRAF PINDAAN HOUSE RULES DAN BERI MAKLUMBALAS DALAM TEMPOH 14 HARI MULAI:

 15/12/2012 HINGGA 18/12/2012


DRAF TERSEBUT BOLEHLAH DIAMBIL DI PEJABAT PENGURUSAN MENARA ORKID.


ALL OWNERS / BUYERS UNIT ONLY, TO REVISE DRAFT AMENDMENT HOUSE RULES AND GIVE FEEDBACK WITHIN 14 DAYS FROM:

  15/12/2012 TO 18/12/2012

DRAFT AMENDMENT AVAILABLE AT MENARA ORKID MANAGEMENT OFFICE.

Monday, 26 November 2012

KEMPEN PENCEGAHAN DEMAM DENGGI

27 November 2012 
(10.00am - 1.00pm)


Lupuskan tempat pembiakan TIADA AEDES!!!

HANYA 10 MINIT ANDA MAMPU MENYELAMATKAN NYAWA ANDA DAN ORANG TERSAYANG.......

Menyeru kepada semua penduduk agar menjaga kesihatan dan kebersihan kawasan persekitaran Menara Orkid seperti :


  • Tidak membuang sampah sarap seperti plastik, botol-botol minuman dan bekas makanan di merata-rata.
  • Tidak membuang sesuka hati PERABOT LAMA kerana apabila hujan, perabot-perabot ini menakung air yang membolehkan nyamuk aedes membiak.

  • Tidak membuang sisa makanan atau sampah melalui tingkap ke koridor tingkat 1 untuk setiap blok, khasnya  rumah PINTU 2,3, 4,5, 8,9, 10,11, 14,15 ,16 dan 17 yang menyebabkan air bertakung di koridor tersebut.


AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG KEMPEN 

1. Booth / Lori bergerak mempamirkan pelbagai gambar, mengedarkan flyers dan memberikan secara percuma racun jentik-jentik. 






 2.Pameran kawasan tempat pembiakan nyamuk dan penerangan oleh urusetia.




3. Cabutan bertuah kepada  yang mengunjungi kampen ini.








Monday, 19 November 2012

SINKING FUND


NOTIS

UNTUK MAKLUMAN,KUTIPAN UNTUK SINKING FUND SEBANYAK RM10.00/SEBULAN TELAH DIPERSETUJUI PADA MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA KALI KE-2 (3/11/2012). OLEH DEMIKIAN, MOHON KERJASAMA SEMUA PEMILIK UNTUK MEMBUAT PEMBAYARAN DI PEJABAT PENGURUSAN.

SEKIAN TERIMA KASIH.